PERDANA Menteri Lee Hsien Loong menekankan perlunya bekerja lebih keras dan lebih berhati-hati dalam berurusan dengan militan ISIS kerana sukar mengenal pasti setiap orang yang terpengaruh dengan diayah mereka dalam Internet.
Beliau berkata demikian dalam temu ramah dengan Pengerusi Pusat Lee Kuan Yew bagi Kota Inovatif di Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), Profesor Chan Heng Chee.