SINGAPURA tidak terkecuali daripada jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) tetapi warga tempatan tidak perlu panik kerana negara ini bersiap sedia menanganinya jika ia menular di sini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Encik Lee berkata demikian semasa melawat, bersama isterinya, Cik Ho Ching, Hospital Tan Tock Seng (TTSH) semalam bagi meninjau kesediaan hospital itu menangani kes Mers.