PM Lee temui maharaja Jepun dalam jamuan tengah hari

TOKYO: Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong dan isteri telah disajikan dalam satu jamuan tengah hari oleh pasangan diraja Jepun di perkarangan Istana Imperial hari ini, Selasa.

Kali terakhir Encik Lee menjadi tamu Maharaja Akihito dan Maharani Michiko adalah dalam satu sesi minum teh pada Mac 2007.

Encik Lee tiba di ibu kota Jepun semalam bagi lawatan rasmi empat hari untuk meraikan hubungan diplomatik selama 50 tahun antara Singapura dengan Jepun.

Awal hari ini, sekumpulan anggota politik Singapura menemui kumpulan politik muda Jepun dari Parti Demokratik Liberal yang memerintah dalam satu majlis jamuan tengah hari.

Delegasi itu merangkumi Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin, Menteri-Menteri Kanan Cik Josephine Teo dan Cik Sim Ann; Mayor Daerah North West Dr Teo Ho Pin; dan Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Zainal Sapari. - The Straits Times.

Waktu Solat

Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,011.080 +2.860