Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee temui Presiden Filipina

Sep 06, 2016 | 03:54 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mengadakan pertemuan pertamanya dengan Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte di Vientiane, Laos hari ini (6 September).

Dalam pertemuan dua hala sebelum Sidang Puncak Asean itu, Encik Lee mengucapkan tahniah kepada Encik Duterte atas kemenangannya di pilihan raya Mei lalu.

Kedua-dua pihak mengesahkan hubungan rapat antara Singapura dan Filipina, yang akan menyambut ulang tahun hubungan diplomatik ke-50 pada 2019.

Selain itu, kedua-dua pemimpin negara itu telah membincangkan perkembangan domestik dan serantau.

Encik Lee turut mengundang Encik Duterte untuk mengadakan lawatan ke Singapura.

Encik Duterte sebelum ini dijadual menemui Presiden Amerika Syarikat Barack Obama hari ini tetapi Encik Obama membatalkan pertemuan itu, selepas Encik Duterte melancarkan kecaman cabul terhadapnya.

Namun, Encik Duterte kemudian meminta maaf bagi keterlanjurannya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >