PM Lee tiba di Mongolia bagi lawatan rasmi dan sidang puncak Asem

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong tiba di Mongolia pada Rabu (13 Jul) bagi lawatan rasmi dan bagi menghadiri Sidang Puncak Asia-Eropah (Asem).

Lawatan empat hari itu akan bermula dengan lawatan rasmi, yang pertama oleh seorang Perdana Menteri Singapura ke Mongolia sejak hubungan diplomatik ditubuh pada 1970, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Selasa.

Lawatan itu dibuat hanya dua minggu selepas kerajaan baru Mongolia dipilih pada Jun.

Semasa di ibu negara Ulaanbaatar, Encik Lee akan dijamu dalam majlis jamuan tengah selamat datang oleh Perdana Menteri Jargaltulga Erdenebat.

Beliau akan juga menemui Presiden Tsakhiagiin Elbegdorj dan Speaker Parlimen Miyeegombo Enkhbold.

Encik Lee akan juga menghadiri sebuah majlis di mana beliau akan bertemu warga Singapura berpangkalan di Mongolia, ahli perniagaan dari kedua-dua negara, dan rakyat Mongolia yang telah menghadiri program bantuan teknikal dan universiti Singapura.

Hubungan antara dua negara ini mesra dan Singapura telah menerima beberapa lawatan peringkat tinggi dari Mongolia. Yang terakhir ialah lawatan Encik Elbegdorj pada 2013.

Setakat ini, Mongolia telah menghantar 1,200 pegawai ke Singapura untuk latihan dalam, antara lain, bahasa Inggeris, pembangunan ekonomi dan keselamatan di bawah Program Kerjasama Singapura.

Perdagangan dua hala sederhana, berjumlah $64 juta tahun lalu.

Selepas lawatan rasmi, Encik Lee akan menghadiri Sidang Puncak Asem ke-11 di Ulaanbaatar dari Jumaat hingga Sabtu. Sidang puncak setiap dua tahun itu akan menandakan ulang tahun ke-20 dialog antara pemerintah tidak rasmi itu, yang bertujuan mengukuhkan hubungan antara Asia dan Eropah.

Seramai 34 pemimpin dari 14 negara Asia dan 20 negara Eropah akan menghadiri sidang puncak itu.

Mereka akan membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama, cara mengukuhkan kerjasama Asia-Eropah dan hala tuju masa depan Asem.

Encik Lee juga akan bertemu beberapa pemimpin secara berasingan, kata kenyataan PMO itu.

Beliau disertai Cik Lee, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, dan pegawai kanan PMO dan MFA.

Semasa ketiadaan Encik Lee, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean akan menjadi Pemangku Perdana Menteri pada Rabu dan Ahad, sementara Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam dari Khamis hingga Sabtu.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 28
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.