Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee tiba di Russia bagi lawatan pertingkat hubungan niaga

May 18, 2016 | 07:45 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong tiba di Russia pada Selasa (17 Mei) bagi lawatan kerja empat hari yang memberi tumpuan pada penggukuhan hubungan perniagaan.



Encik Lee berkata kepada agensi berita Tass dalam satu wawancara beliau berharap untuk meningkatkan perdagangan antara Singapura dan Russia dengan perjanjian perdagangan bebas antara Republik ini dan Kesatuan Ekonomi Eurasia, yang ahlinya termasuk Russia.



Beliau berkata perdagangan dua hala rendah daripada sepatutnya, walaupun ia telah meningkat empat kali ganda dalam tempoh 10 tahun lepas.



Encik Lee juga berkata terdapat rancangan membina Pusat Kebudayaan Russia di Singapura.



Beliau melawat Dataran Merah di bandar, dan Kremlin, pusat bersejarah dan politik negara itu.



Encik Lee juga bertemu kira-kira 30 anggota masyarakat Singapura di Moscow, termasuk pelajar dan profesional, sebelum makan tengah hari bersama delegasi Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) yang sedang dalam misi perniagaan di Russia.



"Sudah lama saya tidak melawat Moscow. Kali terakhir pada 1978, mungkin sebelum sebahagian daripada kamu dilahirkan," katanya dalam majlis jamuan itu.



"Tetapi Kremlin tidak berubah; Moscow telah berubah, dunia telah berubah."



Encik Lee dijadual mengadakan pertemuan dengan pengerusi Suruhanjaya Ekonomi Eurasia, Encik Tigran Sargsyan, hari ini dan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara suruhanjaya itu dan Singapura bagi menggalak kerjasama lebih besar.



Encik Lee akan terbang ke Sochi pada Khamis untuk menghadiri Sidang Puncak Peringatan Asean-Russia bagi menandakan 20 tahun hubungan Asean-Russia.



"Kami berharap daripada ini (sidang puncak), kami dapat membangunkan persahabatan kami dan memajukan hubungan kami selangkah lagi," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >