Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee, Turnbull sahkan hubungan rapat Singapura dan Australia

Nov 16, 2015 | 02:26 PM



ANTALYA (Turkey): Perdana Menteri Lee Hsien Loong bertemu Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull, buat kali pertama pada Ahad (15 Nov) dalam mesyuarat sarapan sebelum pembukaan Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G-20) di sini.


Mereka mengadakan perbincangan meluas mengenai perkembangan serantau dan isu-isu tempatan pada mesyuarat tersebut, yang merupakan pertemuan pertama kedua-dua pemimpin itu sejak Encik Turnbull mengambil alih jawatan pada September, kata Setiausaha Akhbar Encik Lee, Cik Chang Li Lin.


Mereka juga mengesahkan hubungan positif dan rapat antara Singapura dan Australia, dan mengulangi sokongan mereka bagi Perkongsian Strategik Menyeluruh, tambah beliau.


Perjanjian perkongsian itu ditandatangani Jun lalu oleh Encik Lee dan pendahulu Encik Turnbull, Encik Tony Abbott, yang melakukan lawatan rasmi ke Singapura sempena 50 tahun hubungan diplomatik antara dua negara itu.


"Kedua-dua Perdana Menteri gembira bahawa Perkongsian Strategik Menyeluruh telah bermula dengan baik dan kerja mengkaji semula Perjanjian Perdagangan Bebas Singapura-Australia sedang dijalankan," ujar Cik Chang, lapor akhbar The Straits Times pada Isnin.


Beliau juga berkata kedua-dua pemimpin turut melahirkan minat melawat satu sama lain dalam masa terdekat.


Perkongsian itu membuka jalan bagi perkongsian risikan yang meningkat bagi memerangi pengganasan, akses kepada kawasan latihan ketenteraan di Australia dan kerjasama dalam membanteras jenayah siber.


Ia juga bertujuan meningkatkan kerjasama antara dua negara itu dalam pelbagai bidang luas, seperti ekonomi dan seni dan budaya.


Kajian semula perjanjian perdagangan bebas dijangka dimuktamadkan Julai tahun depan.


Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, dan Menteri Kewangan Australia, Encik Mathias Cormann, turut hadir dalam mesyuarat sarapan itu.


Pada Ahad, Encik Lee juga mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Turkey, Encik Ahmet Davutoglu. Mereka mengesahkan semula hubungan dua hala mesra antara dua negara itu dan melahirkan keyakinan hubungan akan diperkukuh lagi dengan Perjanjian Perdagangan Bebas Turkey-Singapura yang ditandatangani Sabtu lalu (14 Nov).


G-20 terdiri daripada 19 negara anggota dan Kesatuan Eropah (EU).


Singapura bukan anggota G-20, tetapi dijemput untuk sidang kemuncak itu bersama pemimpin dari Sepanyol, Malaysia, Zimbabwe, Senegal dan Azerbaijan.


Sidang puncak dua hari itu berakhir pada Isnin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >