Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ucap takziah kepada PM Penguasa Palestin

Oct 18, 2023 | 11:57 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah mengutus surat takziah kepada Perdana Menteri Penguasa Palestin, Dr Mohammad Shtayyeh, susulan keadaan di Jaluran Gaza, termasuk letupan besar di sebuah hospital di sana.

Dalam suratnya itu, beliau melahirkan rasa amat sedih dek keadaan kemanusiaan yang teruk di Jaluran Gaza serta orang awam Palestin yang terkoban.

Ini termasuk menyusuli letupan besar di Hospital Ahli Arab pada Selasa.

Dalam beberapa jam pertama selepas letupan itu, seorang ketua pertahanan awam Gaza berkata bahawa 300 orang terbunuh, manakala sumber kementerian kesihatan menyatakan angka itu mencecah 500 orang.

“Bagi pihak pemerintah Singapura, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mereka yang terkorban.

“Singapura berharap semua pihak yang terlibat akan mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta mencuba sedaya upaya untuk memastikan keselamatan orang awam,” kata Encik Lee.

Pemerintah Singapura telah menyumbang $300,000 kepada usaha bantuan kemanusiaan menyusuli keadaan kemanusiaan yang semakin teruk di Jaluran Gaza.

Dalam suratnya, Encik Lee berkata huraian dua negara, dengan rakyat Israel dan Palestin hidup bersama dengan aman dan selamat adalah satu-satunya cara yang wajar untuk mematahkan lingkaran keganasan yang berulangan.

“Saya harap semua pihak akan mencari cara untuk mencapai visi ini, sejajar dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang relevan,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >