Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee umum dasar agar lebih ramai layak beli flat baru HDB dan EC

Aug 23, 2015 | 09:03 PM



LEBIH ramai warga Singapura kini boleh membeli flat-flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) serta kondominium eksekutif (EC) selepas Pemerintah merancang menaikkan kelayakan had gaji pembeli bagi pembelian tersebut.


Mengumumkan demikian dalam Rapat Hari Kebangsaan sebentar tadi, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata kelayakan had gaji itu akan dinaikkan daripada $10,000 kepada $12,000 bagi flat HDB, manakala kelayakan had gaji untuk EC dinaikkan daripada $12,000 kepada $14,000.


Encik Lee berkata, langkah itu akan membolehkan lebih ramai warga Singapura bergaji lebih tinggi layak membeli flat HDB dan EC.


Kali terakhir kelayakan had gaji itu dinaikkan adalah empat tahun lalu, namum kini pendapatan warga sudah meningkat, ujar Encik Lee.


Sementara itu, untuk membantu golongan keluarga bergaji rendah hingga pertengahan, pemerintah akan meningkatkan had gaji Geran Perumahan Khas CPF (SHG) daripada $6,500 kepada $8,500.


Menurut Encik Lee, ini akan membenarkan dua pertiga daripada golongan itu layak membeli rumah.


Jumlah SHG yang diberikan pula akan digandakan daripada $20,000 kepada $40,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >