PM Lee: Undilah PAP agar pembangkang kerja lebih keras lagi

NUR ADILAH MAHBOB

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah meminta pengundi supaya mengundi Parti Tindakan Rakyat (PAP) agar parti-parti pembangkang sebaliknya yang perlu bekerja lebih keras lagi.

Membidas hujah pembangkang yang mengajak warga mengundi parti mereka agar pemerintah bekerja lebih keras, Encik Lee berkata: "Mereka kata undilah pembangkang dan pemerintah akan kerja lebih keras. Tidak kisahlah kalau bukan pembangkang yang membuat kerjanya.

"Politik apakah ini? Ini tidak munasabahah, ini tunggang terbalik."

Encik Lee berkata demikian semasa berucap di rapat tengah hari PAP di UOB Plaza tadi.

Menegaskan lagi, Encik Lee berkata pembangkang sendiri sebenarnya yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan sejauh ini.

Jika warga Singapura mengikut hujah pembangkang itu, hasilnya pasukan PAP akan menjadi lebih lemah dan parti pembangkang lebih kukuh tetapi tidak cekap.

Sebaliknya, warga Singapura sepatutnya "mengundi PAP dan membuat pembangkang kerja lebih keras lagi!" kata Encik Lee, yang disambut sorakan orang ramai.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.