“Hubungi Puan Halimah Yacob bagi mengucapkan tahniah kepadanya kerana menjadi Presiden Singapura yang kelapan. Cik Halimah telah menjadi seorang ahli kesatuan sekerja, pemimpin masyarakat, Anggota Parlimen, Menteri Negara, dan Speaker. Beliau akan membawa pengalaman luasnya bekerja bersama warga Singapura daripada setiap latar belakang, dan memperjuangkan nasib pekerja dan golongan kurang bernasib baik ke Jawatan Presiden.
Presiden adalah mercu sistem politik kita dan lambang negara kita yang berbilang kaum dan agama. Saya yakin Puan Halimah akan memenuhi peranannya dengan cemerlang.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Salleh Marican dan Encik Farid Khan kerana menawarkan diri mereka sebagai calon. Ia tidak mungkin satu keputusan mudah bagi mereka dan keluarga mereka, menyedari penelitian awam dan perhatian media. Mereka menghormati Perlembagaan dan mengendalikan diri mereka dengan penuh hormat dan sopan. Mereka tidak mengelirukan orang ramai dengan janji kosong yang melebih bidang kuasa Presiden, yang telah berlaku sebelum ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka juga kerana menerima keputusan Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden. Ini adalah caranya bagi membuat proses demokrasi berjalan dengan betul dan demi kepentingan warga Singapura.
Puan Halimah akan mengangkat sumpah esok (hari ini). Saya harap kita semua akan menyokongnya sebagai Presiden kita. Saya menantikan untuk bekerjasama dengannya, untuk berkhidmat kepada warga Singapura dan negara.”
– Perdana Menteri Lee Hsien Loong, dalam catatannya di Facebook
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul
1/3
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
PM Lee yakin Halimah akan laksana tanggungjawab Presiden dengan cemerlang; ucap terima kasih kepada Farid Khan, Salleh Marican
Sep 13, 2017 | 08:20 PM