PILIHAN raya umum ini genting kerana masa depan Singapura menjadi pertaruhan dan diadakan sedang negara ini menghadapi titik perubahan pada ulang tahunnya yang ke-50, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Dalam titik perubahan ini, warga Singapura perlu memutuskan apakah mereka ingin Singapura terus kekal dalam arah kemajuan, kekal di tahap sama atau merosot.