PEMERINTAH telah membuat empat perubahan bagi menghadapi cabaran dalam mengekalkan penjagaan kesihatan yang baik, ujar Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam.
Cabaran itu termasuk keadaan demografi penduduk Singapura yang semakin tua, kemajuan sains perubatan dan perubahan corak penyakit.