MENTERI Kewangan, Encik Heng Swee Keat, yang diserang angin ahmar awal bulan ini, kian pulih secara mantap, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong malam kelmarin.
Encik Heng "sedar sepenuhnya, boleh berkomunikasi, dan ceria", kata Encik Lee dalam satu pos di Facebook selepas melawat Encik Heng di unit penjagaan rapi Hospital Tan Tock Seng (TTSH) petang kelmarin.