PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata lawatan beliau ke Qubbatus Sakhra di Baitulmakdis merupakan satu pengalaman kerohanian yang istimewa bagi beliau secara peribadi.
"Ketika di sana, saya tersentuh berada di tengah-tengah tempat yang begitu suci kepada begitu ramai orang di serata dunia. Saya juga teruja mempelajari mengenai sejarah dan seni bina tempat tersebut, dan melihat artifak lama yang ditemui di sana.