Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Turkey lawat Singapura dua hari

Jan 08, 2014 | 06:33 PM



PERDANA Menteri Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, dijangka tiba di Singapura malam ini bagi satu lawatan rasmi dua hari ke sini - yang pertama bagi pemimpin itu.


Encik Erdogan dijangka bertemu Presiden Tony Tan Keng Yam dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Istana esok.


Beliau juga dijadual bertemu Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob, di Parlimen dan ke Taman Orkid Nasional bagi satu majlis penamaan orkid sebelum melawat PSA International.


Petang esok, beliau juga dijadual melawat pusara Konsul Agung pertama Kesultanan Uthmaniyah ke Singapura, Allahyarham Ahmet Ataullah Efendi - yang dilantik pada 1901 - di perkuburan Teluk Blangah, sebelum berlepas ke Malaysia.


Singapura dan Turkey menubuhkan hubungan diplomatik pada Februari 1969.


Kunjungan Encik Erdogan atas undangan Encik Lee dan memaparkan hubungan baik antara kededua negara.


Semasa pertemuannya dengan Encik Lee esok, Encik Erdogan dijangka menandatangani beberapa persetujuan mengadakan kerjasama dan perkongsian kepakaran dalam beberapa bidang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >