PM yakin penerbitan SPH terus sampaikan berita yang boleh dipercayai, relevan

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong yakin penerbitan syarikat media Singapore Press Holdings (SPH) akan terus menyampaikan berita yang boleh dipercayai dan bahan yang relevan meskipun dalam sekitaran media yang mencabar kini.

Beliau berkata demikian menerusi laman Facebook beliau selepas berkunjung ke bangunan News Centre SPH di Toa Payoh North semalam.

"Dalam sekitaran media yang mencabar ini, dengan hasil yang berkurangan, gangguan digital dan berita palsu, SPH mempunyai tugas yang sukar.

"Namun saya yakin penerbitan berita SPH akan terus menyampaikan berita yang boleh dipercayai dan bahan yang relevan kepada orang awam," kata Encik Lee.

Semasa lawatannya itu, Encik Lee telah berkunjung ke studio radio SPH serta beberapa bilik berita SPH.

Beliau juga cuba tugas yang dijalankan deejay di studio Kiss92 dengan disaksikan deejay Carol Smith dan Charmaine Yee.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 33
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.