Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PMD terbakar dalam lif, sebabkan kematian tidak patuhi piawaian: Siasatan

Dec 28, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 20 tahun meninggal dunia akibat melecur dan terhidu asap selepas peranti mobiliti peribadi (PMD) yang diubah suainya terbakar ketika beliau berada di dalam lif dengannya.



Pada hari pertama siasatan koroner terhadap kematian Encik Muhammad Irfan Danish Azhar, seorang pegawai penyiasat polis semalam berkata peranti itu tidak mematuhi piawaian keselamatan.



Inspektor Stesen Divisyen Woodlands Sofian Azami berkata PMD itu telah pun diubah suai apabila Encik Irfan membelinya daripada platform dalam talian Carousell pada Disember 2020.



"Beliau mengubah suainya (selanjutnya) dengan menukar bateri kepada (salah satu) voltan yang lebih tinggi," katanya.



Penyiasat kanan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Encik Muhammad Faizal Mazlan, yang turut memberi keterangan semalam berkata kebakaran itu berpunca daripada elektrik dan berkemungkinan berlaku dari dalam PMD itu.



"Pek bateri itu tidak mempunyai sistem pengurusan bateri (BMS), yang melindungi daripada pengecasan berlebihan atau terlalu panas.



"Memintas BMS membolehkan PMD mengecas lebih cepat, tetapi lebih banyak arus (elektrik) boleh dikeluarkan daripada bateri daripada yang dijangkakan, mungkin menyebabkan keadaan terlalu panas," katanya.



Menurut keterangan saksi dan rakaman televisyen litar tertutup, Encik Irfan, pada 3 Jun 2021, bersendirian di dalam lif dengan PMDnya apabila pancaran cahaya dilihat ketika lif itu turun.



Satu letupan kedengaran dan Encik Irfan kelihatan menekan butang lif. Pintu lif terbuka di tingkat dua dan beliau melarikan diri dari lif yang terbakar.



Beberapa jiran memadamkan api lif dengan baldi air sebelum pegawai SCDF tiba. Pegawai polis mendapati Encik Irfan diselubungi abu dan terbaring di tangga.



Beliau sedar ketika itu dan memberitahu mereka bahawa beliau tidak boleh bernafas.



Encik Irfan telah dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat namun beliau meninggal dunia pada keesokan harinya. Beliau melecur pada 95 peratus permukaan badannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >