Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis berkas 4 lelaki berkaitan kes bunuh St James Power Station

Mar 14, 2017 | 08:11 AM



EMPAT lelaki ditangkap berkaitan pembunuhan seorang lelaki berusia 34 tahun di pusat hiburan St James Power Station pada Ahad (12 Mac), kata polis dalam satu kenyataan pada pagi Selasa.



Penyerang itu dikatakan berusia antara 20 dan 28 tahun dan ditangkap hasil penyiasatan dan pertanyaan di lapangan oleh pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Jabatan Perisikan Polis (PID).



Suspek pertama ditagkap pada Ahad itu juga dan polis kemudian mengenal pasti identiti tiga lagi suspek dan menangkap mereka dalam operasi sehari kemudian.



Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai akibat pertikaian antara mangsa dan kakitangan Postbar, sebuah kelab malam di St James.



Seorang suspek akan dikenakan tuduhan bunuh di mahkamah pada 14 Mac. Siasatan terhadap tiga suspek lain masih berjalan.



Mangsa, Encik Sateesh Kumar, mengalami kesan tikaman di kepala dan belakang badannya. Seorang lagi lelaki, 28 tahun, mengalami kecederaan di kepala dalam serangan itu.



Mereka ditemui sekitar 6 pagi Ahad oleh pegawai polis yang sedang melakukan rondaan. Encik Sateesh disahkan meninggal dunia pada kira-kira 6.45 pagi, manakala mangsa yang seorang lagi dimasukkan ke hospital.



Pengarah (Memangku) CID, Penolong Pesuruhjaya Polis Kanan Sekher Warrier, berkata: "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang telah bekerja sepanjang masa tanpa mengenal penat lelah dan tanpa memikirkan diri sendiri untuk menyelesaikan kes ini dalam masa 48 jam.



"Walaupun menghadapi cabaran, pegawai kami memaparkan kesungguhan dan ketabahan dalam siasatan dan risikan mereka, yang ditambah pula dengan kerja lapangan meluas, menyebabkan tangkapan pantas dan berjaya semua suspek.



"Polis komited untuk menjaga keselamatan Singapura dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk menjejak pesalah demi memastikan mereka dibawa ke muka pengadilan dengan cepat dan menghadapi hukuman penuh undang-undang."



Mayat Encik Sateesh telah dituntut oleh keluarganya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >