Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis berkas dua penculik, temui semula wang tebusan $2 juta

Jan 09, 2014 | 07:40 PM



POLIS hari ini telah memberkas dua lelaki berhubung satu kes penculikan.


Jurucakap polis berkata, satu laporan berkenaan kes itu telah dibuat oleh seorang lelaki berusia 52 tahun selepas dia menerima satu panggilan daripada seorang yang tidak dikenali yang menuntut $20 juta sebagai wang tebusan sebagai mengembalikan ibunya.


Mangsa, yang berusia 79 tahun, kali terakhir dilihat pada pagi Rabu di Hougang.


Anak lelaki mangsa, yang bertindak atas arahan si pemanggil, kemudian meletakkan wang tunai berjumlah $2 juta itu di Sembawang Park.


Mangsa kemudian dilepaskan para penculik pada pagi ini berdekatan Kem Seletar West.


Selepas memastikan mangsa dalam keadaan selamat, para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Jabatan Risikan Polis (PID) kemudian menjejaki dua suspek - berusia 41 dan 50 tahun - dan memberkas mereka di kawasan Hougang dan Ang Mo Kio - dalam masa 12 jam selepas laporan dibuat.


Wang berjumlah $2 juta turut ditemui semasa tangkapan dibuat.


Mangsa adalah ibu kepada ketua eksekutif pasaraya Sheng Siong, Lim Hock Chee.


Beliau dikatakan telah diculik semasa berjalan berdekatan satu perhentian bas di Blok 631 Hougang Avenue 8 semalam.


Wanita itu tidak cedera semasa dilarikan kedua-dua suspek dan dibebaskan di Kem Seletar West selepas wang tebusan $2 juta dibayar kepada mereka. 


Menurut polis, wang tebusan $2 juta itu ditemui berdekatan sebuah astaka di Sembawang Park selepas penangkapan dilakukan.


Pada mulanya para penculik menuntut sebanyak $20 juta, namun persetujuan dicapai selepas rundingan dijalankan. 


Suspek pertama, yang lebih muda, melakukan kerja rencam sementrara suspek yang lebih tua bekerja mempromosikan kad kredit. kedua-dua suspek adalah warga Singapura dan tidak punya hubungan saudara. 


Polis mengesahkan sejauh ini terdapat hanya tiga sahaja kes penculikan yang menuntut wang tebusan dalam masa 10 tahun, dan kesemua penculik diberkas dan dipenjara seumur hidup. 


Nilai $2 juta sebagai wang tebusan merupakan yang tertinggi dibayar dalam sesuatu kes penculikan di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >