POLIS sedang mencari anggota keluarga Allahyarhamha Alijah Abdullah, bekas penghuni rumah tumpangan warga tua Jamiyah di West Coast Drive.
Allahyarhamha Alijah, 89 tahun, meninggal dunia di Hospital Universiti Nasional (NUH) Khamis lalu.
Anggota keluarga atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Allahyarhamha Alijah diminta menghubungi polis di talian 1800-2550 000.
Maklumat boleh juga dihantar di laman www.police.gov.sg/CrimeStopper.
Semua maklumat akan dirahsiakan.