Polis cari remaja hilang

POLIS sedang mencari seorang remaja berusia 14 tahun, Siti Nurul Natasya Abdullah, yang dikatakan hilang pada 31 Julai lalu sekitar 4 petang.

Dia kali terakhir dilihat di Yishun Ring Road dengan memakai blaus berwarna kuning cair dan skirt berpetak berwarna putih, coklat dan hijau.

Siti Nurul Natasya setinggi sekitar 1.45 meter, berkulit sawo matang, berambut sampai ke bahu dan mempunyai saiz badan sederhana.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang di mana dia berada diminta menelefon talian hotline polis di 1800-2550000.

Maklumat juga boleh diberi secara dalam talian di www.spf.gov.sg/CrimeStopper.

Semua maklumat akan dirahsiakan.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.