Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis, gereja tingkat keselamatan jelang Easter

Apr 02, 2021 | 05:30 AM



PIHAK polis dan beberapa gereja di Singapura telah mempertingkat keselamatan sempena perayaan Easter hujung minggu ini.



Ini menyusuli serangan pengebom nekad di salah sebuah gereja di Indonesia minggu lalu serta dua serangan yang dirancang di Singapura yang sempat dihentikan baru-baru ini.



Pihak berkuasa dan pakar berkata tiada isyarat yang menunjukkan kumpulan ekstremis yang terlibat dalam serangan di Indonesia itu - Jemaah Ansharut Daulah (JAD) menyasarkan Singapura buat masa kini, menurut laporan The Straits Times.



Namun, mereka menekankan pentingnya masyarakat yang awas akan ancaman penyerang yang bertindak sendirian.



Serangan di Indonesia itu melibatkan pasangan yang telah mencuba untuk memasuki kawasan gereja Katolik menggunakan motosikal semasa acara ibadah beramai-ramai diadakan Ahad lalu.



Mereka dihentikan oleh pengawal di pagar gereja itu sebelum meledakkan bom yang mencederakan seramai 19 orang dan membunuh kededuanya.



Mac lalu, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam berkata tahap keselamatan di beberapa tempat ibadah perlu dipertingkat.



Beliau berkata demikian menyusuli penahanan seorang lelaki beragama Islam berusia 20 tahun oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) kerana merancang untuk membunuh anggota masyarakat Yahudi.



Ini terjadi beberapa minggu selepas seorang belia beragama Kristian ditahan kerana merancang menyerang masjid.



Menurut jurucakap Kementerian Ehwal Negeri (MHA), pihak polis sudah mempertingkat kawalan di tempat ibadah semasa tempoh perayaan Easter ini, dan akan terus memastikan pihak berkuasa boleh tiba di lokasi secepat mungkin jika berlakunya sebarang insiden.



Tempat-tempat ibadah juga diperingatkan supaya menyemak langkah keselamatan dan langkah yang akan diambil jika berlakunya sesuatu yang tidak dijangkakan.



Encik Lawrence Jeremiah, yang memimpin pasukan keselamatan di Church of the Holy Spirit, berkata beliau telah menambah jumlah pengawal dalam pasukannya kepada 21 berbanding 17 pengawal sebelum ini.



"Tugas empat pengawal tambahan ini hanyalah untuk mengamati setiap orang yang memasuki gereja ini," katanya.



Dalam kenyataannya, The Catholic Church of Singapore berkata ia telah menasihati gerejanya supaya lebih berwaspada.



Sementara itu, pemeriksaan beg juga akan dilakukan di gereja.



Majlis Gereja Nasional berkata Covid-19 telah mendorong mereka supaya mempertingkat tahap keselamatan, dan penganut yang ingin hadir perlu berdaftar atau membeli tiket dalam talian disebabkan saiz jemaah yang dihadkan kepada 250.



Mereka juga perlu 'check-in' menggunakan SafeEntry di beberapa kawasan.



Encik Yaniv Peretz, pemilik syarikat rundingan keselamatan antarabangsa Lorin yang memberikan nasihat keselamatan kepada tempat ibadah, berkata salah satu cara untuk memastikan tempat-tempat tersebut tidak menjadi sasaran adalah dengan memantau ruang media sosial atau forum dalam talian.



Kemunculan kumpulan yang menyebarkan kebencian serta pos tertentu menunjukkan sentimen tentang ancaman yang mungkin wujud, katanya.



Menurut jurucakap MHA, buat masa kini tidak maklumat yang menunjukkan kumpulan JAD, yang setia kepada ISIS, sedang merancang sebarang serangan ke atas Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >