Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis: Hati-hati panggilan +65 999 yang menyamar sebagai pegawai polis

Aug 04, 2016 | 02:11 PM



POLIS memberi amaran kepada orang ramai mengenai bertambahnya kes baru-baru ini kes penipu menyamar sebagai pegawai polis.



Dalam satu pos Facebook pada Khamis (4 Ogos), polis berkata mereka sedar ada orang menerima panggilan telefon daripada nombor +65 999 pada telefon bimbit mereka.



"Polis ingin menjelaskan bahawa panggilan itu tidak dilakukan oleh para pegawai SPF (Pasukan Polis Singapura)," kata pos tersebut, sambil menambah panggilan itu helah biasa penipu yang menggunakan teknologi memperdaya identiti (ID) pemanggil.



Teknologi itu menutup nombor telefon sebenar dan memapar nombor lain pada telefon bimbit penerima panggilan.



Penerima panggilan itu akan mendengar mesej suara automatik dalam bahasa Mandarin yang mengarahkan mereka memasukkan satu nombor, kata polis.



Operator yang bertutur dalam bahasa Mandarin dan mendakwa dia daripada SPF kemudian akan meminta maklumat peribadi mereka, atau meminta mereka pergi ke balai polis dengan kad pengenalan mereka atau berkata pegawai polis akan pergi ke rumah mereka.



Mereka yang membuat panggilan kembali ke nombor +65 999 itu akan disambungkan ke talian kecemasan polis 999 sebaliknya.



Sesiapa yang menerima panggilan daripada sumber tidak diketahui, harus melakukan perkara berikut:



- Abaikan panggilan telefon itu dan arahan si pemanggil;



- Jangan beri nama, nombor kad pengenalan, butiran pasport, nombor telefon dan akaun bank atau maklumat kad kredit. Maklumat tersebut berguna pada penjenayah;



- Orang ramai boleh menghubungi hotline polis di 1800-255-0000 atau kemukakan maklumat secara dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness sekiranya mereka mempunyai sembarang maklumat berkaitan, dan telefon 999 hanya jika bantuan segera polis diperlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >