POLIS Kontinjen Johor Bahru (JB) telah memberkas seorang lelaki Cina yang dipercayai telah melarikan kereta mewah jenis Audi milik seorang warga Singapura yang telah menghantar keretanya untuk dicuci di BV Car Wash dalam kejadian pada lewat malam 16 November lalu.
Mengesahkan demikian sebagai menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), seorang jurucakap kontinjen polis itu berkata hasil siasatan awal menunjukkan bahawa suspek melakukan jenayah itu bagi kepentingan diri sendiri.