Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis 'menipu' pengunjung Jurong Point untuk tingkat kesedaran

Mar 04, 2018 | 03:50 PM



PENGUNJUNG pusat beli-belah Jurong Point baru-baru ini fikir mereka mendapat tawaran yang hebat apabila mereka menemukan kasut berjenama yang dijual dengan potongan harga yang besar.



Pekerja yang menjual kasut itu berkata mereka boleh membeli sebarang jenama kasut dan sebarang saiz untuk $30.



Namun selepas sesetengah daripada mereka menyerahkan duit itu kepada pekerja tersebut, mereka mendapati bahawa mereka merupakan sebahagian daripada usaha peningkatan kesedaran polis tentang penipuan.



Pengalaman mereka dirakam oleh Pusat Polis Kejiranan (NPC) Bukit Batok, yang berkongsi video itu di laman Facebook mereka semalam (3 Mac).



Kempen kreatif itu turut menarik sambutan positif, dengan sesetengah orang menyifatkannya sebagai cara berkesan untuk mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati.



Ketua pasukan NPC Bukit Batok, Inspektor Mohamed Fadzil Mohamed Hisum, turut tampil dalam video itu untuk menerangkan bahawa kebanyakan penipuan yang berlaku di Singapura melibatkan urus niaga jual beli di dalam talian.



Tambahnya, kebanyakan mangsa penipuan jenis itu berusia antara 22 dengan 49 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >