Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis pesara dalam nahas Bali meninggal dunia

Apr 06, 2018 | 01:24 PM



Oleh HARYANI ISMAIL



KECERIAAN dan semangat positif yang sering terpancar pada wajah polis pesara, Encik Mirkhan Ariffin Ahmad, kini terpahat di ingatan mereka yang mengenalinya, baik anggota keluarga, saudara-mara mahupun kenalan di Komand Latihan Polis (Tracom).



Beberapa jam selepas Encik Mirkhan, 43 tahun, yang koma menyusuli nahas motosikal di Bali baru-baru ini, dipindahkan dari Rumah Sakit Sanglah Denpasar Bali ke Hospital Besar Singapura (SGH) menerusi ambulans udara awal pagi semalam, beliau menghembuskan nafas terakhirnya sekitar tengah malam tadi.



Keluarganya mengambil keputusan mengizinkan doktor mencabut palam pada mesin ventilator yang membantunya bernafas serta menghentikan pengaliran ubat yang meneruskan degupan jantungnya selepas pakar bedah otak mengesahkan aktiviti mindanya sudah terhenti.



Kesemua organ utamanya juga kian tidak berfungsi dengan tubuhnya semakin lemah dan dingin.



Menyusuli nahas pada 1 April lalu, anak bongsu Allahyarham, Cik Sorfinah, 19 tahun, telah membuka laman pengumpulan derma orang ramai (crowdfunding) di pelantar derma percuma, GoFundMe, di atas saranan kenalan rapat keluarga dan bekas rakan sekerja ayahnya.



Berkat keihsanan orang ramai dari serata dunia, sebanyak $122,433 terkumpul bagi Dana Get Mirkhan Home yang bertujuan membiaya kos rawatan Allahyarham dan khidmat ambulans udara bagi memindahkannya semula ke Singapura.



Allahyarham yang bersama isteri, Cik Nadine Sulastri Djamani, 43 tahun, bercuti ke Bali pada waktu itu, masih lagi warga Singapura yang bermastautin di Darwin, Australia, bersama seisi keluarganya sejak April tahun lalu. Beliau yang bekerja sebagai pegawai pengawasan kasino SkyCity Darwin turut meninggalkan tiga anak perempuan berusia antara 19 tahun dengan 24 tahun.



Ketika dihubungi Berita Harian menerusi WhatsApp, anaknya, Cik Sorfinah, berkata:



"Mencabut palam alat pernafasannya merupakan langkah yang berat buat kami setelah ayah selamat diterbangkan ke Singapura. Beliau menderita dan tiada apa yang dapat kami lakukan kerana trauma kemalangan pada otaknya menjejas fungsi minda. Organ lain turut terjejas.



"Namun, kami meluangkan masa sejurus beliau pulang ke Singapura bagi keluarga, sanak saudara dan rakan terdekat termasuk bekas teman sekerjanya datang berkunjung, meminta maaf dan mengucapkan salam perpisahan. Terima kasih kepada mereka yang menderma dan menyalur kekuatan dalam diri kami sekeluarga."



Jenazah Allahyarham bakal disolatkan di Masjid Al-Istighfar selepas solat Jumaat nanti sebelum diabadikan di Pusara Aman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >