Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat insiden penumpang cuba buka pintu kereta api MRT semasa bergerak

Dec 02, 2023 | 08:40 PM



Polis sedang menyiasat insiden di mana seorang penumpang cuba membuka pintu kereta api MRT yang sedang bergerak pada 29 November.

Perbuatan penumpang itu, seorang perempuan, dirakam dalam video yang kini disebar luas di dalam talian.

Dalam video itu, penumpang tersebut boleh dilihat cuba membuka secara paksa pintu kereta api. Kereta api itu dilihat seolah-olah sedang mengikuti laluan Utara-Selatan.

Sebahagian pintu kereta api itu dilihat terbuka seketika, sebelum seorang pegawai berpakaian seragam muncul untuk menghalang perempuan itu.

Penumpang lain yang tidak ditunjukkan dalam rakaman video boleh didengar menjerit, meminta perempuan itu menghentikan perbuatannya itu.

Menurut laporan The Straits Times, presiden SMRT, Encik Lam Sheau Kai berkata kakitangan stesen telah dimaklumkan mengenai kejadian itu sekitar 1 petang pada 29 November.


Kakitangan SMRT memasuki kereta api untuk menyiasat, tetapi penumpang itu enggan bekerjasama dan kelakuannya menjadi agresif, tambah Encik Lam.

Penumpang berkenaan tidak mempedulikan nasihat kakitangan untuk keluar dari kereta api dan pegawai polis TransCom, divisyen polis yang membuat rondaan di stesen kereta api, terpaksa dipanggil.

Menyusuli kejadian itu, gambar yang dimuat naik ke dalam talian menunjukkan penumpang yang sama terbaring di platform stesen Ang Mo Kio, dikelilingi pegawai TransCom dan kakitangan stesen.

“Aksi ini membahayakan keselamatan penumpang itu serta penumpang lain dalam kereta api,” kata Encik Lam.

SMRT memandang serius kelakuan sedemikian dan sedang membantu polis dalam siasatan, kata beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >