Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat kes dakwaan salah laku di Rumah Kanak-Kanak Pertapis

Feb 14, 2014 | 06:26 PM



POLIS sedang menyiasat kes dakwaan bahawa beberapa penghuni Rumah Kanak-Kanak Pertapis telah didenda secara kurang wajar dan fizikal.


Dalam kenyataannya tadi, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) berkata ia telah menerima beberapa maklumat bahawa kanak-kanak itu menerima denda tersebut dari beberapa anggota kakitangan rumah berkenaan.


MSF telah pun membuat laporan polis dan ia sedang disiasat.


Kementerian tersebut berkata, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak merupakan keutamaan dan keprihatinan utama pihaknya, dan para pegawai kementerian itu sedang menyediakan sokongan emosi dan psikologi kepada kanak-kanak dan keluarga mereka yang terjejas.


Menurutnya, MSF tidak akan membiarkan sebarang kelakuan atau amalan yang boleh menjejas keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak tersebut.


Ia telah mengarahkan rumah berkenaan supaya mengambil tindakan segera untuk menjaga kebajikan kanak-kanak rumah itu, termasuk mengambil langkah-langkah meningkatkan amalan pengurusan kanak-kanak, selain memindahkan lima anggota kakitangan melakukan tugas-tugas yang tidak melibatkan kanak-kanak.


Pertapis telah pun mematuhi arahan-arahan tersebut, kata MSF.


Rumah Kanak-Kanak Pertapis juga telah diarah untuk bekerjasama dengan MSF dalam menyemak sistemnya, proses, amalan dan penyeliaan dan tidak dibenarkan mengambil para penghuni baru untuk sementara tempoh ini.


Rumah tersebut ditubuhkan pada 1991 untuk menyediakan sekitaran yang selamat bagi kanak-kanak berusia antara empat dengan 12 tahun di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.


Kanak-kanak itu dihantar ke rumah berkenaan oleh Mahkamah Juvenil, pusat-pusat khidmat keluarga, MSF atau agensi-agensi khidmat sosial lain.


Ia kini mempunyai 61 kanak-kanak dan 26 anggota kakitangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >