Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat kes lori langgar penunggang motosikal di tempat letak kereta Toa Payoh

Nov 23, 2015 | 03:05 PM



POLIS sedang menyiasat insiden seorang pemandu lori melanggar seorang penunggang motosikal di jalan keluar tempat letak kereta di Toa Payoh pada Selasa lepas (17 Nov).


Sebuah video kejadian itu, yang dimuat naik oleh kumpulan kepentingan keselamatan jalan raya Beh Chia Lor di Facebook pada Sabtu malam lalu, telah dilihat lebih 230,000 kali.


Dalam klip seminit itu, penunggang motosikal tersebut berhenti di gantri keluar apabila sebuah lori tangki gas datang dari belakang lalu bergerak laju dan merempuh beliau.


Penunggang itu boleh dilihat merangkak di atas tanah kerana terkejut sedang orang yang lalu disitu terkejut dan bergegas membantu beliau.


Halangan tempat letak kereta itu turut rosak teruk dirempuh lori tersebut.


Jurucakap polis memberitahu akhbar The Straits Times ia dimaklumkan tentang kemalangan di Toa Payoh Lorong 6, berhampiran Blok 183 itu pada kira-kira 8.40 malam pada 17 November.


Pemandu lori dan penunggang motosikal itu dibawa ke Hospital Tan Tock Seng, menurut pos Facebook itu.


Penunggang tersebut mengalami patah kaki, katanya.


Difaham tiada penangkapan dibuat sejauh ini.


Pos video itu menarik hampir 500 komen daripada pengguna Internet yang marah dan mengutuk perbuatan melulu pemandu lori tersebut dan berharap penunggang motosikal itu cepat sembuh.


Seorang pengguna Internet dengan nama Jackson Sim memperkenal dirinya sebagai penunggang motosikal tersebut dan melahirkan penghargaan bagi pos itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >