Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis tangkap pemandu Camry dirakam langgar motosikal di AYE

Jun 20, 2016 | 02:29 PM



POLIS telah menangkap seorang pemandu kereta Toyota Camry yang dirakam melanggar sebuah motosikal di Ayer Rajah Expressway (AYE).



Jurucakap polis mengesahkan pada Isnin (20 Jun) pemandu itu, seorang lelaki berusia 63 tahun, ditangkap kerana melakukan perbuatan gopoh menyebabkan kecederaan.



Dia difahamkan ditangkap pada Jumaat lalu (17 Jun), berikutan siasatan oleh Polis Trafik mengenai kejadian pada 15 Jun itu.



Sebuah video kejadian tersebut, yang dimuat naik di Facebook minggu lalu, mencetus kemarahan dalam talian. Ia menunjukkan sebuah kereta Camry menukar lorong secara melulu sebelum kelihatan sengaja melanggar motosikal itu.



Penunggang motosikal tersebut, Encik Muhammad Fazly, 29 tahun, cedera di kaki kanan, manakala pemboncengnya, Siti Farina, seorang pembantu pergigian berusia 27 tahun, cedera di lengan kanan.



Cik Siti memberitahu akhbar The Straits Times pada Isnin (20 Jun) bahawa Encik Fazley, seorang pemandu pengiriman, diberi cuti sakit seminggu kerana sukar berjalan.



Motosikalnya rosak teruk.



"Pemandu jenis ini tidak harus dibenarkan di jalan raya - dia nampaknya mempunyai masalah sikap," katanya, sambil menambah empat saksi telah tampil memberi pemerhatian mereka mengenai kejadian itu.



"Kami tidak melakukan apa-apa untuk menjengkelkan dia tetapi dia yang mula bersikap agresif terhadap kami."



Cik Siti juga berkata beliau mendapat tahu tentang kejadian masa lalu melibatkan pemandu Camry itu, yang beliau sifatkan sebagai "menakutkan".



Rakaman dalam talian yang disiarkan di YouTube pada 2014 dan tahun lalu menunjukkan kereta Camry dengan nombor plat sama menukar lorong di ekspreswe dalam cara berbahaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >