SATU unit respons pantas polis baru yang dilatih untuk bertindak dengan cepat pada ancaman bersenjata akan ditubuhkan pada Jun ini demi meningkatkan strategi Singapura menangani keganasan.
Pasukan Respons Kecemasan (ERT) yang akan berpangkalan di enam ibu pejabat divisyen darat polis merupakan sebahagian respons gelombang pertama Home Team sekiranya berlaku serangan serentak di beberapa kawasan.