SEBUAH padang terbuka di Kawasan Perindustrian A Bukit Batok dan Stadium Bukit Gombak telah dinamakan sebagai kawasan rapat umum bagi pertemuan pilihan raya.
Mengumumkan demikian, kenyataan polis semalam menyatakan senarai bagi pertemuan-pertemuan pilihan raya boleh diadakan pada hari ini hingga 5 Mei, antara 7 pagi dengan 10 malam.