Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Politeknik di SG tawar lebih kursus kemampanan bagi pelajar

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



KESEMUA lima politeknik di Singapura sedang merancakkan kursus kemampanan bagi pelajar mereka.



Lebih banyak modul hijau seperti pengurusan alam sekitar dan reka bentuk kemampanan sedang diperkenalkan ke dalam kursus diploma yang ditawarkan oleh politeknik.



Langkah itu bertujuan membantu pelajar meraih kemahiran dan ilmu yang akan membolehkan mereka untuk bekerja dalam bidang berkaitan kemampanan, bidang pertumbuhan baru.



Politeknik yang dihubungi akhbar The Straits Times kelmarin, berkata mereka telah meningkatkan jumlah modul kemampanan secara bertahap-tahap dalam kurikulum mereka sepanjang tiga tahun lalu untuk menyiapkan pelajar mereka bagi ekonomi yang semakin hijau.



Banyak daripada modul ini diwajibkan dan setiap modul mengambil masa satu hingga dua jam seminggu bagi kerja kursus.



Encik Tan Jek Min, pengarah kanan industri dan pemebelajaran sepanjang hayat di Politeknik Nanyang (NYP), berkata:



"Kami akan terus melengkapi pelajar kami dengan kemahiran penting bagi mereka untuk memanfaatkan bidang pertumbuhan baru ini."



Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata Mac lalu bahawa Institut Pengajian Tinggi (IHL) sedang mempertingkat tawaran kemampanan mereka untuk memastikan warga Singapura lebih bersedia bagi pekerjaan masa depan dalam ekonomi hijau.



Beliau juga menyatakan bahawa dalam laporan SkillsFuture Singapura tahun lalu, lebih 450 pekerjaan merentasi 17 sektor sudah pun memerlukan kemahiran hijau.



Contoh salah satu daripada kemahiran ini adalah pengurusan pengeluaran karbon, yang penting untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.



Bagi NYP, kesemua 10 diploma kejuruteraan merangkumi modul kemampanan yang wajib.



Pelajar dari Sekolah Seni Bina dan Sekitaran Binaan Politeknik Singapura juga perlu mengambil modul kemampanan seperti pengurusan alam sekitar.



Modul ini memberikan pelajar pengetahuan asas mengenai sistem dan dasar yang digunakan untuk mengurus alam sekitar.



Sementara itu, terdapat juga rancangan untuk politeknik melancarkan lebih banyak inisiatif kemampanan tahun depan.



Politeknik Temasek akan memperkenalkan subjek asas baru mengenai kemampanan pada April tahun depan dan pelajar dalam semua kursus diploma perlu mengambil subjek ini.



Pengkhususan baru - pendigitalan dan kemampanan perniagaan - akan ditawarkan Politeknik Ngee Ann dalam tahun akan datang.



Kursus itu akan ditawarkan kepada pelajar pengajian perniagaan dari Sekolah Perniagaan dan Perakaunan politeknik tersebut.



Pelajar yang menjalani latihan prapekerjaan di Politeknik Republic pula akan dapat mengambil minor dalam kemampanan, perniagaan atau pendigitalan tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >