Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Politeknik Nanyang lancar Sekolah Rekaan dan Media

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



POLITEKNIK Nanyang (NYP) telah melancarkan Sekolah Rekaan dan Media (SDM) yang baru hasil gabungan dua sekolah yang ada sebelum ini bagi melengkapi para pelajar dengan kemahiran untuk menjadi generasi baru karyawan kreatif yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang.



Sekolah baru itu dibentuk hasil gabungan Sekolah Rekaan dan Sekolah Media Digital dan Interaktif, menurut kenyataan NYP semalam.



Industri kreatif dan rekaan sejagat sedang pesat berubah. Lantas, seorang pereka perlu mempunyai kemahiran yang pelbagai bukan sahaja dalam rekaan tetapi juga menggunakan teknologi inovatif dalam membentuk model perniagaan yang menguntungkan.



Sekolah baru itu disokong oleh pasukan berpengalaman dalam pelbagai bidang serta kemudahan canggih bagi pelajar dan rakan industri.



Ia juga mempunyai satu-satunya pusat latihan dan pembangunan permainan, PlayStation, di Asia Tenggara, serta sebuah studio rekaan grafik yang membolehkan para pelajar membuat rekaan bagi acara berskala besar seperti Hari Kebangsaan.



Pelajar juga boleh menggunakan sebuah studio media yang memanfaatkan teknologi terkini seperti realiti maya dan augmented.



Sekolah baru itu akan terus meningkatkan hubungan dengan industri serta menjalinkan usaha sama strategik dengan firma-firma industri. Beberapa rakan strategik yang bekerja sama dengan sekolah itu termasuk Ubisoft, Sony Interactive Entertainment, Industrial Light & Magic, Disney dan Nickelodeon.



"Kami merupakan institusi pendidikan yang pertama di Singapura bagi rekaan pengalaman khidmat, permainan elektronik, kesan visual dan animasi...



"Dengan pelancaran ini, kami berharap untuk terus menawarkan kurikulum kelas pertama kepada para pelajar kami dan peluang bagi kakitangan, pelajar dan rakan industri untuk menawarkan huraian inovatif bagi sektor itu,'' kata pengarah Sekolah Rekaan dan Media NYP Encik Albert Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >