Politeknik Republik lancar inisiatif tingkat mutu latihan sambil belajar

TEMPOH program latihan sambil belajar bagi kesemua pelajar politeknik serta Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang mengikuti kurusus Sains Bioperubatan akan ditambah dari lapan minggu kepada 16 hingga 24 minggu mulai April tahun ini.

Ini merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan Politeknik Republik (RP) di acara Rumah Terbuka RP yang berlangsung pagi tadi untuk meningkatkan mutu program latihan sambil belajar bagi pelajar politeknik dan ITE.

Kelima-lima politeknik dan ITE juga telah menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman dengan Institut Biologi Molekular dan Sel (IMCB) untuk menggalakkan pendidikan dan pembangunan rangka latihan sambil belajar.

Di acara Rumah Terbuka itu, RP juga telah melancarkan makmal formulasi makanan baru dinamakan Nu3Lab untuk memperkenalkan produk makanan sihat yang baru hasil kerjasama rakan industri dan juga RP.

Ia juga dapat memberikan pelajar pengalaman belajar secara praktikal (hands-on) dalam menghasilkan makanan sihat.

Acara tersebut telah dihadiri Setiausaha Parlimen (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim sebagai tamu terhormat.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.