Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Politik harus bersih: Yaacob kecewa foto tersebar tidak beri gambaran sebenar

Sep 05, 2015 | 05:00 PM



SINGAPURA perlu mengamalkan politik yang bersih, tegas Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, sambil menyifatkan politik sedemikian sebagai sesuatu yang amat penting. 


Beliau berkata demikian sebagai mengulas foto yang kini tersebar luas di media sosial memaparkan beliau seakan membuka botol  wain di majlis pelancaran usaha kerjasama Laselle-Goldsmiths.


Gambar berkenaan, yang dirakam pada Februari 2012, diambil dari akaun Facebook Perdana Menteri Lee Hsien Loong.


Bertemu media di Majlis Anugerah Muis petang tadi (Sabtu), Dr Yaacob berkata:


"Saya rasa kecewa kerana foto itu tidak mencerminkan gambaran sebenar. Dalam botol itu sebenarnya mengandungi konfetti.


"Konfetti itu bagaimanapun tidak dilihat dalam gambar berkenaan."


Dalam foto yang tersebar di media sosial itu, ia telah disunting untuk tidak menampakkan konfeti. Ia juga dimuat naik bersama satu lagi foto yang menunjukkan calon Parti Pekerja (WP), Encik Faishal Manap, memimpin calon-calon Islam WP bersolat jemaah di padang terbuka.


Dr Yaacob menekankan, politik sedemikian bukanlah sesuatu yang diingini Singapura.


Beliau turut berharap pihak pembangkang tidak mengiktiraf politik yang bersifat demikian di Singapura.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >