Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Portal bolehkan pelajar belajar ikut rentak sendiri

Kemudahan yang dirintis 62 sekolah diperkenal secara progresif mulai tahun depan
Aug 17, 2017 | 05:30 AM



PELAJAR kesemua sekolah - daripada peringkat rendah hingga maktab rendah - tidak lama lagi boleh mengakses sumber pembelajaran dan belajar mengikut rentak mereka sendiri di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa menerusi satu portal pembelajaran dalam talian baru.



Ruang Pembelajaran Pelajar Singapura yang kini dirintis di 62 sekolah rendah dan menengah itu akan diperkenal secara progresif kepada semua sekolah mulai tahun depan.



Ia merupakan platform dalam talian yang akan menyokong pembelajaran dan pengajian subjek utama seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Jasmani.



Tujuannya adalah membolehkan pelajar mengambil tanggungjawab yang lebih terhadap pembelajaran mereka dan bekerjasama dengan rakan seangkatan lain.



Sumber interaktif seperti video, animasi, simulasi, permainan dan kuiz akan membenarkan mereka belajar pada rentak mereka sendiri, mengimbas konsep dan membaca mengenai isu yang mereka minati, kata Kementerian Pendidikan semalam.



Kebanyakan sumber itu telah dibangunkan bersama pemain industri dan rakan kongsi untuk menawarkan konteks bersesuaian dengan dunia sebenar dengan konsep yang dipelajari dalam kelas.



Guru juga telah diberi lebih banyak sokongan menerusi portal itu yang membantu mereka dengan rekaan dan mengendalikan kelas, kata kementerian itu.



Guru boleh mereka sumber yang menggalak pemikiran kritikal dan kerjasama di kalangan pelajar.



Menerusi platform dalam talian itu, guru boleh mengongsi idea pengajian dan strategi di dalam dan rentas sekolah, sekali gus membolehkan pelajar meraih manfaat daripada pelbagai jenis sumber.



Kementerian Pendidikan bersama-sama GovTech akan bekerjasama dengan sekolah untuk mengumpul maklum balas dan membuat penyesuaian sebelum portal itu dibentangkan kepada semua sekolah.



Menteri Pendidikan (Sekolah) Ng Chee Meng juga telah melawat Sekolah Menengah Admiralty semalam untuk melihat bagaimana pelajar dan guru boleh menggunakan portal pembelajaran itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >