Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PPIS lancar dapatan kajian aspirasi wanita Muslim SG

Mar 19, 2022 | 06:45 PM



MENJADI seorang wanita Muslim yang baik, mandiri dari segi kewangan, sihat dan aktif bersenam selain mengamalkan pemakanan yang baik.



Ini merupakan antara tiga aspirasi utama hasil kajian Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) bagi mengetahui aspirasi wanita Muslim di sini.



Dapatan Kajian Wanita Muslim Singapura (AMWR) itu dilancarkan dalam satu acara pada Sabtu (19 Mac) sempena Hari Wanita Sedunia (IWD) yang turut dihadiri tetamu terhormat Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.



Dalam ucapannya, Cik Sun memuji sumbangan positif yang dilakukan PPIS menerusi kajian tersebut.



“Kajian ini memang wajar dipuji kerana ia meneliti aspirasi dan nilai wanita Muslim Singapura agar dapat membangunkan program dan khidmat berdasarkan bukti yang lebih relevan,” katanya.



Menurutnya, PPIS merupakan antara rakan kongsi masyarakat Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan juga sepanjang setahun lalu terlibat dalam Perbincangan mengenai Pembangunan Wanita Singapura yang berakhir tahun lalu.



Perbincangan itu bertujuan mendekati dan memahami aspirasi wanita Singapura.



Sebanyak 160 perbincangan yang mendekati hampir 6,000 peserta telah dijalankan.


PPIS juga telah mendedahkan logo ulang tahunnya yang ke-70 tahun ini dengan tema ‘Raikan Wanita Berdaya Tahan Sepanjang 70 Tahun’.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >