Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PPIS lantik CEO baru

May 05, 2016 | 11:55 AM



PERSATUAN Pemudi Islam Singapura (PPIS) telah melantik Encik Mohd Ali Mahmood sebagai ketua pegawai eksekutifnya (CEO) yang baru hari ini, Khamis.



Encik Mohd Ali yang telah bertugas di PPIS selama 16 tahun merupakan CEO lelaki pertama PPIS sejak badan itu diasaskan pada 1952.



Beliau sebelum ini merupakan pemangku CEO badan tersebut sejak Januari 2016.



Encik Mohd Ali juga pernah bertugas sebagai pengarah kanan khidmat sosial yang bertanggungjawab ke atas pusat-pusat PPIS termasuk Pusat Khidmat Keluarga, Pusat Jagaan Pelajar serta Latihan dan Rundingcara, selain Institut Terapi Keluarga yang baru ditubuhkan.



Lembaga pengarah PPIS telah mengesahkan pelantikan beliau sebagai CEO pada 1 April lalu.



Presiden PPIS, Cik Rahayu Mohamad, berkata Encik Mohd Ali menerima sokongan penuh lembaga pengarah dan kakitangan PPIS.



Ramai daripada mereka telah menikmati hubungan kerja yang rapat bersamanya sejak beberapa tahun lalu, kata beliau.



Menurutnya, Encik Mohd Ali mempunyai keupayaan melaksanakan objektif PPIS, "terutama dalam bidang-bidang wanita dan keluarga, selaras dengan misi baru PPIS."



Misi baru PPIS adalah - Memberi Wanita Inspirasi. Memperkukuh Keluarga.



Encik Mohd Ali pula berkata pelantikan itu memberi beliau kesegaran secara peribadi mahupun secara profesional dalam mengurus dan memimpin badan tersebut.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pengarah dan semua kakitangan kerana memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya dalam memimpin badan ini memasuki bab baru lagi mengujakan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >