Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PPIS, LBKM kerjasama tawar biasiswa possiswazah bagi wanita

May 04, 2023 | 05:30 AM



PERSATUAN Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) telah meneroka peluang untuk meningkatkan kerjasama dalam menawarkan biasiswa possiswazah khusus bagi wanita dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem), gerontologi, pengajian wanita dan kerja kemasyarakatan.



Satu Memorandum Persefahaman (MOU) antara PPIS dan LBKM telah ditandatangani di Wisma Geylang Serai pada Rabu, dengan harapan aspirasi wanita menerusi pengajian lebih tinggi dapat dipertingkatkan.



Di bawah MOU itu, $150,000 telah diperuntukkan bagi biasiswa possiswazah khusus bagi wanita, yang akan ditawarkan selama sedekad dari 2023 hingga 2033.



Biasiswa itu menandakan komitmen bersama kedua-dua pertubuhan dalam menyokong aspirasi wanita dan memupuk generasi pemimpin wanita di masa depan.



Menandatangani MOU itu ialah Presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim dan Presiden LBKM, Dr Syed Harun Alhabsyi, disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPIS, Cik Tuminah Sapawi dan Pengarah Eksekutif LBKM, Encik Muhammad Harmizan Abdul Hamid.



Bercakap kepada media, Cik Hazlina berkata:



"Dengan adanya sokongan ini, wanita tidak perlu mengorbankan atau melihat aspirasi mereka terkandas supaya mereka dapat terus mencapai aspirasi yang telah dilakarkan iaitu keinginan meningkatkan tahap kemahiran.



"Kerjasama dengan LBKM dapat meluaskan lagi jaringan bagi mereka yang ingin memohon biasiswa ini. Selain itu, kerjasama ini menjadi satu isyarat bahawa aspirasi wanita penting dan memerlukan fokus serta usaha kita bersama sebagai satu masyarakat."



Menurut Presiden LBKM, Dr Syed Harun, beliau akur kerjasama dengan PPIS merupakan peluang yang baik bagi LBKM terus memupuk sifat ingin melanjutkan pelajaran dan menimba ilmu bagi golongan pelajar.



"Kami harap kaum Hawa merasakan bahawa masyarakat menyokong keinginan mereka untuk menimba ilmu dan menyumbang kepada masyarakat," katanya.



Cik Hazlina menambah: "Biasiswa ini menggariskan usaha terus PPIS dalam membina masyarakat wanita berjaya dan keluarga maju, menyediakan akses yang saksama kepada peluang pendidikan dan pekerjaan supaya kita boleh membina rangkaian pemimpin wanita dalam masyarakat.



Permohonan biasiswa bermula setiap tahun pada Jun. Ditadbirkan oleh LBKM, ia akan ditawarkan kepada seorang pemohon.



Wakil PPIS akan terlibat dalam temu duga dan keputusan bagi pemohon yang berjaya.



Penerima akan menyumbang masa dalam kegiatan relawan selama 25 jam setiap tahun.



Biasiswa tidak mengecualikan penerima daripada memohon atau menerima biasiswa lain secara serentak.



Bagi yang berminat, sila layari lbkm.org.sg untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >