PERSATUAN Pemuda Islam Singapura (PPIS) menyatakan semalam ia bersedia menghulur bantuan berkaitan hubungan seksual luar nikah, termasuk lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kepada mereka yang memerlukan.
"Sebagai sebuah agensi perkhidmatan sosial, kami akan membantu mereka yang memerlukan pertolongan," kata PPIS dalam satu kenyataan semalam.