Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Premium COE motosikal capai $11,751, tertinggi sepanjang masa buat dua tender berturut-turut; kategori lain turun

COE
Oct 05, 2022 | 05:17 PM



HARGA sijil Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) motosikal mencatat rekod baru buat dua tender berturut-turut pada Rabu (5 Okt) walaupun premium bagi  semua kategori lain merosot.


Premium COE motosikal, yang mencecah rekod tertinggi $11,589 pada bidaan sebelumnya, berakhir pada $11,751, kenaikan sebanyak 1.4 peratus.


Dalam kategori kereta  dengan enjin lebih kecil sehingga 1,600cc dan 130bhp, serta  kenderaan elektrik (EV)  sepenuhnya (EV) dengan kuasa sehingga 110 kilowatt, premium turun daripada $84,000 kepada $80,501 – turun 4.2 peratus.


Bagi kereta dengan enjin lebih besar serta EV yang lebih berkuasa, harga COE-nya ialah $95,856, iaitu penurunan 11.3 peratus daripada $108,051 yang dicatatkan pada bidaan terakhir.


Ini kali pertama sejak Mei tahun ini harga  COE kategori itu berada di bawah paras enam angka.


COE kenderaan komersial turun 1.5 peratus  kepada $65,991 daripada  kepada $67,001.


Premium bagi COE kategori Terbuka, yang biasanya digunakan untuk kereta lebih besar, turun 2.1 peratus kepada $105,001 daripada $107,201.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >