Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Premium COE naik bagi kenderaan komersial, motosikal dalam tender pertama di bawah kuota baru

COE
Feb 08, 2023 | 08:40 PM



KEPUTUSAN bagi harga sijil kelayakan (COE) bercampur-campur merentas kategori dalam bidaan terbaru yang ditutup pada Rabu (8 Feb), dengan premium kenderaan komersial dan motosikal meningkat dengan ketara.


Premium bagi kategori lain pula tidak banyak berubah berbanding bidaan sebelumnya.

Bidaan pada Rabu adalah yang pertama di bawah bilangan kuota lebih tinggi seperti yang diumumkan pada 20 Januari lalu.


Premium COE bagi kenderaan komersial – digunakan untuk van, trak dan lori – ialah $85,119, 10.4 peratus lebih tinggi daripada $77,109 tiga minggu lalu.


Premium motosikal ialah $11,602, 4.5 peratus lebih tinggi daripada bidaan lalu sebanyak $11,101.


Premium COE bagi kereta hingga 1,600cc dan 130bhp serta kenderaan elektrik (EV) dengan kuasa hingga 110 kilowatt adalah $86,000, sama seperti bidaan sebelum ini.


Bagi kereta lebih besar – lebih 1,600cc atau 130 bhp – dan EV yang berkuasa lebih tinggi, premium COE adalah $105,524, naik sedikit daripada $105,459 sebelum ini.


Premium COE bagi kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk mendaftar sebarang jenis kenderaan namun biasanya digunakan bagi kereta lebih besar, adalah $105,002, turun sedikit daripada $107,000 pada bidaan sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >