Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden China akan lawat Singapura pada November

Oct 14, 2015 | 09:32 AM



PRESIDEN China, Encik Xi Jinping, akan melawat Singapura pada November, menutup sambutan sepanjang tahun ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik serta mesyuarat bagi mengukuhkan kerjasama dua hala.


Presiden Singapura, Dr Tony Tan Keng Yam, dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata mereka mengalu-alukan lawatan negara Encik Xi itu, lapor akhbar The Straits Times.


Dalam mesyuarat berasingan pada Selasa (13 Okt) bersama Naib Perdana Menteri China yang sedang melawat Singapura, Encik Zhang Gaoli, mereka menyebut tentang hubungan dua hala rapat dan membincangkan bidang-bidang kerjasama.


Encik Xi, yang kali terakhir melawat Singapura pada 2010 sebagai Naib Presiden China, akan melakukan lawatan kali ini sebagai sebahagian daripada pertukaran lawatan negara tahun ini, dengan Dr Tony Tan melawat Beijing dan Tianjin dari Jun hingga awal Julai.


Dalam mesyuarat tahunan Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean turut bertemu Encik Zhang.


"Kami mengalu-alukan Presiden Xi Jinping melakukan lawatan negara ke Singapura pada November bagi memperingati peristiwa penting ini," kata Encik Teo, merujuk kepada ulang tahun ke-25 penubuhan hubungan dua hala.


Perkara utama dalam perbincangan JCBC ialah rancangan projek pemerintah dengan pemerintah ketiga di kawasan barat China dan menaik taraf Perjanjian Perdagangan Bebas China-Singapura (CSFTA).


Satu kenyataan menyatakan projek ketiga itu harus memberi tumpuan pada satu bandar utama di rantau barat China dan empat sektor kerjasama: kewangan, penerbangan, logistik, dan teknologi maklumat dan komunikasi.


Empat perjanjian baru dimeterai pada Selasa, termasuk pembangunan kemudahan latihan "berkonsep Sekolah Perniagaan Harvard" di Bandar Pengetahuan Guangzhou China-Singapura.


Encik Zhang dijadual bertemu Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam, pada Rabu sebelum mengakhiri lawatan beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >