Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah akan berpindah dari rumahnya di Yishun

Oct 02, 2017 | 05:25 PM



PRESIDEN Halimah Yacob akan berpindah daripada flat jumbonya di Yishun setelah mempertimbangkan nasihat oleh agensi keselamatan yang ditugaskan memastikan keselamatannya.



Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataannya hari ini berkata menyusuli penilaian teliti tentang aturan keselamatan, pihaknya telah memaklumkan kepada Puan Halimah bahawa “agensi keselamatan berdepan dengan beberapa cabaran dalam memastikan keselamatan dan perlindungannya jika beliau terus menetap di rumahnya kini”.



“MHA justeru telah menasihati Presiden untuk mempertimbangkan berpindah ke tempat lain. Ini akan membolehkan agensi memastikan keselamatannya dengan jaminan lebih tinggi,” kata MHA.



Puan Halimah menerima cadangan MHA itu dan akan membuat aturan untuk “berpindah ke tempat baru tidak lama lagi”.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >