Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah hargai jasa, buka puasa bersama kakitangan CGH

Apr 21, 2021 | 10:53 PM



DI sebalik perjuangan panjang sebagai pekerja barisan hadapan yang menangani krisis kesihatan global Covid-19, pekerja kesihatan Hospital Besar Changi (CGH) kekal bersemangat dan positif.



Dalam kalangan mereka adalah pekerja Islam yang kini menjalani bulan mulia Ramadan dan berpuasa.



Pengamatan ini dibuat Presiden Halimah Yacob dalam catatan Facebook selepas mengunjungi CGH sebagai sebahagian usaha mendekati masyarakat pada Rabu (21 April).



Beliau berbuka puasa bersama beberapa pekerja jagaan kesihatan ini di akhir lawatannya. Ia juga peluang baginya mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas kerja keras mengharungi tempoh getir ini.



Ia juga masa buatnya menekankan kepentingan agar masyarakat kekal berjaga-jaga dalam menentang pandemik yang belum reda.



Dalam kunjungannya ke CGH, Puan Halimah dibawa mengunjungi Pusat Kencing Manis, Obesiti, Metabolisme dan Endokrin (DOME) di Pusat Perubatan CGH bagi meninjau bagaimana hospital ini mencorak pusatnya bagi menjaga pesakit dengan pelbagai kondisi perubatan yang kompleks dan bagaimana jagaan diuruskan dengan pelbagai amalan mengikut pengkhususan.



Beliau juga diberi taklimat mengenai bagaimana Pusat DOME ini mengenalkan huraian teleperubatan sebagai respons kepada pandemik Covid-19.



"Saya bersyukur dapat meluangkan masa petang saya dan berbuka puasa dengan pekerja jagaan kesihatan CGH. Pekerja barisan hadapan dalam sektor kesihatan ini berada di hadapan dalam perjuangan menetang pandemik Covid-19 yang sudah masuk lebih setahun kini. Mereka telah memberi respons gigih bagi salah satu daripada krisis kesihatan sejagat yang paling mencabar.



"Saya bahkan gembira mendengar bahawa di sebalik proses menentang (wabak Covid-19) yang berpanjangan ini, mereka kekal bersemangat termasuk pekerja Islam yang kini menyambut Ramadan dan berpuasa.



"Pekerja jagaan kesihatan Islam ini menghargai bagaimana Ramadan tahun ini berbeza daripada tahun sudah yang jatuh pada tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19. Cukup menyentuh jiwa saya apabila saya mendengar tentang semangat ukhuwah antara pekerja jagaan kesihatan dalam menjaga satu sama lain sewaktu krisis ini.



"Terima kasih kepada semua pekerja jagaan kesihatan di atas dedikasi, kerja keras dan sikap tidak pentingkan diri sendiri dalam menjaga orang lain, khususnya dalam tempoh sepanjang setahun lalu," ujar Puan Halimah.



Beliau juga melihat betapa CGH telah menyesuaikan diri secara tangkas dalam menangani situasi yang berubah bagi mendekati pesakit mereka dan menyediakan jagaan terbaik dengan menggunakan teknologi.



"Sebagai contoh, mereka telah mulakan sidang video bagi sesi konsultasi, pemulihan dan khidmat jagaan di Pusat DOME bagi pesakit yang sesuai, mengikut kondisi kronik tertentu. Penggunaan teknologi sebegini, ditambah dengan kemajuan teknologi jagaan kesihatan digital akan lebih mempertingkat jenis jagaan yang dapat ditawarkan institusi jagaan kesihatan buat pesakit mereka," ujar Puan Halimah.

 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >