PEMIMPIN generasi baru harus berpegang teguh kepada nilai, perwatakan dan komitmen negara, sedang mereka menyesuaikan diri dengan perubahan yang mengganggu, kata Presiden Halimah Yacob.
Beliau mengingatkan bagaimana nenek moyang Singapura, menerusi usaha gigih, keazaman dan pandangan jauh, telah membangunkan negara ini berdasarkan meritokrasi, kewibawaan dan keadilan.