Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Presiden Halimah serikan acara agih bantuan persiapan sekolah

Dec 4, 2017 | 5:30 AM
- Foto BH oleh M.O. SALLEH
- Foto BH oleh M.O. SALLEH -

SEKITAR 6,500 keluarga berpendapatan rendah, dengan 12,350 anak mereka yang bersekolah, menerima bantuan menerusi Projek 'Ready for School' semalam. Projek anjuran Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC), yang diadakan buat tahun ke-14, bertujuan menyediakan sokongan kepada keluarga agar mereka lebih bersedia melalui tahun sekolah baru. Tamu terhormat Presiden Halimah Yacob berada di Maktab Rendah Nanyang semalam bagi membantu mengagihkan baucar. Tahun ini, setiap keluarga menerima baucar NTUC FairPrice bernilai $40 dan e-baucar pengangkutan sebanyak $120. Setiap anak yang bersekolah, hingga tiga anak bagi setiap keluarga, menerima baucar $80 untuk membeli buku, alat tulis, pakaian seragam, kasut dan cermin mata. Seramai 800 relawan dan 29 rakan serta penaja, termasuk sekolah, agensi pemerintah dan korporat, menyertai projek itu tahun ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg