Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah seru bina jambatan antara masyarakat, kekal bersatu dalam amanat Tahun Baru

Dec 31, 2017 | 05:17 PM



DALAM amanat   Tahun Baru beliau, Presiden Halimah Yacob  menyeru rakyat Singapura supaya  membina “kekuatan hebat”   yang dimiliki  Singapura.



Kekuatan ini jelas kelihatan “dalam cara kita menghormati kepelbagaian agama dan budaya kita, dalam cara kita memberikan peluang kepada semua orang, dan dalam cara kita menghargai perpaduan sosial”, katanya.



“Apabila kita memasuki tahun baru, mari kita terus membina kekuatan ini. Membina jambatan antara masyarakat dan kekal bersatu,” kata Presiden Halimah, yang menandakan tahun baru pertama beliau  sebagai presiden.



Presiden  Halimah meletak jawatan sebagai Anggota  Parlimen dan Speaker Parlimen pada awal tahun ini untuk bertanding jawatan presiden. Beliau  dipilih pada September, menjadi presiden wanita pertama Singapura – dan presiden Melayu pertama dalam 47 tahun.



Amanat beliau –  disampaikan  dalam video 50 saat dan dipos  di Facebook pada Ahad (31 Disember) – adalah amanat  video Tahun Baru pertama oleh seorang presiden Singapura. Pejabat Presiden mengatakan video itu dirakam di Kolam Angsa  Istana pada  Jumaat.



Dalam video itu, Presiden Halimah juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Singapura kerana memberi  kepada beliau  peluang  berkhidmat sebagai presiden mereka.



“Dalam tempoh tiga bulan  lalu, saya terus menjangkau ramai rakyat Singapura daripada semua lapisan masyarakat, sesuatu yang akan saya lakukan sepanjang jawatan presiden saya,” katanya.



Beliau  mengharapkan   bagi semua warga Singapura “tahun baru  indah, makmur dan aman”.



Video itu juga memberi tumpuan pada sepasang angsa anggun yang hidup di pekarangan   Istana. Kedua-duanya meluncur dengan perlahan  di  kolam itu    sedang  Presiden Halimah berucap di depan   kamera.



Angsa putih itu, yang bersifat   tenang,  tiba di Istana dari Taman Burung Jurong   pada  2002, dan berumur 19 tahun. Orang ramai boleh melihatnya    semasa hari-hari terbuka Istana.



Menurut buku Taman  Istana, idea mengadakan sebuah   tasik di Istana, beserta  angsa dan ikan, datang daripada  Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew.



Tasik itu dibina pada  1968, dan sepasang angsa  pertama yang diperkenal di   kolam itu adalah  hadiah daripada Persatuan Zoologi London.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >